PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGGAI,
PASIR PUTEH, KELANTAN.
PASIR PUTEH, KELANTAN.
PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap
murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang member tumpuan kearah melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang member
penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberiperhatian
yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan
fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam kontek
sini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat,
cergas dan produktif agar dapat member sumbangan kepada kesejahteraan social serta
pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik
minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakanDasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan
dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
No comments:
Post a Comment